Friday 2 September 2016

Merantau Ke Shah Alam

Beberapa jam lagi, saya akan menjejakkan kaki di bumi Shah Alam. Bumi dimana letaknya universiti paling power di Malaysia namun sering dipandang skeptik oleh masyarakat iaitu Uitm. Di sini juga terletaknya pintu gerbang paling power iaitu Kota Darul Ehsan, sebuah pintu gerbang yang dibina bagi menandakan sempadan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan negeri Selangor. Monumen ini juga adalah manifestasi berdirinya Ibu Negeri baru bagi negeri Selangor setelah Kuala Lumpur diambil oleh kerajaan persekutuan bagi dijadikan Ibu Negara Malaysia.

Kenapa saya ke Shah Alam? Sambung belajar sebenarnya. Dalam bidang undang-undang. Inshaallah, dalam masa 4 tahun lagi, saya akan bergelar graduan Sarjana Muda Undang-Undang dengan Kepujian dan harapnya dapatlah menjadi seorang peguam seperti yang diimpikan oleh keluarga. Mak saya membayangkan betapa powernya saya apabila menyarung jubah peguam dengan rambut panjang diikat kemas. Malangnya rambut saya kerinting dan pendek. Dan saya juga tak pasti sama ada mahu menjadi peguam atau meneruskan khidmat dalam bidang pendidikan tinggi, kerana salah satu impian liar saya adalah menjadi seorang professor undang-undang yang memakai gelaran dr. Ah, perjalanan saya masih panjang!

Ketika saya bakal bersiap untuk menyambung pengajian di Uitm Shah Alam, salah seorang rakan saya semasa di Mrsm dahulu turut bersiap-siap untuk terbang ke India. Beliau bakal melanjutkan pelajarannya dalam bidang perubatan. Beberapa bulan sebelumnya, 3 orang rakan saya yang juga merupakan bekas roommates semasa lower form dahulu sudah terbang ke Amerika Syarikat. Masing-masing dalam bidang kejuruteraan dan engineering-architecture.


Memang rasa sedih sebenarnya bila memikirkan tentang mantan roommates saya yang sudah menikmati dingin musim salji di tanah tumpahnya darah Donald Trump itu. Kau boleh bayangkan tak dalam keempat-empat antara kami, saya seorang sahaja yang tak dapat mengaji di oversea. Hahahaha. Tapi saya percaya yang setiap manusia dalam dunia ini dijamin rezekinya oleh Tuhan. Kita hanya perlu berusaha sahaja. Kalau dulu saya telah banyak melepaskan beberapa peluang atau rezeki yang memungkinkan saya melanjutkan pelajaran ke luar negara ( misalnya belajar rajin-rajin untuk mendapat keputusan SPM yang cemerlang ), kini saya percaya rezeki saya di Shah Alam sedang terbuka luas untuk saya merebutnya. Rezeki yang akan menjamin masa depan yang cemerlang.....atau stabil (mungkin?). Jadi saya akan berusaha keras untuk bukan sahaja memastikan impian keluarga saya untuk melihat saya menjadi seorang loyar tercapai, tetapi untuk saya mengelak daripada membayar ptptn ( tukar kepada bentuk biasiswa ) terlaksana.


Gambar sekadar hiasan