Wednesday 18 January 2017

Apa Yang Saya Peroleh Daripada Semester 1 Degree


1- Tempat tidur bukan hanya di bilik sahaja

Saya berpegang kuat bahawa tempat tidur hanya boleh diasosiasikan dengan bilik sahaja...sebelum saya menemui suatu tempat penuh keajaiban bernama PTAR.


Sepanjang minggu peperiksaan, PTAR sememangnya menjadi tempat wajib untuk saya kunjungi bagi mengulang kaji sehingga lewat pagi, Pernah sekali saya dan rakan-rakan bersengkang mata sampai ke subuh semata-mata untuk bersarapan bersama-sama di mamak Seksyen 7. Kalau mengantuk, PTAR juga adalah tempat yang selesa untuk take a nap. Kalau kebosanan, saya mempunyai rakan-rakan perempuan untuk diajak berbual (kecuali seorang kawan saya ni yang jadikan PTAR sebagai tempat 'memancing ikan'). Pendek kata, PTAR bukan sahaja gedung kesarjanaan, malah menjadi pemangkin nilai sosial pelajar!




2- Mock Trial

Mock Trial merupakan sebuah aktiviti tahunan yang semacam menjadi tradisi di setiap law school di Malaysia. Pada edisi Mock Trial kali ini yang bertajuk Genesis, saya berperanan bermain spotlight, suatu tugas yang nampak mudah namun azabnya Tuhan saja yang tahu. Semasa pementasan, dua spotlight digunakan yang diletakkan di penjuru kiri dan kanan Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC). Setiap spotlight dikendalikan oleh 2 orang manusia paling amatur....ya, kami lah tu. Kami terpaksa standby menunggu arahan melalui walkie talkie untuk bersedia menyuluh spotlight kearah stage atau orang-orang tertentu. Kalau ikutkan, mahu sahaja saya suluhkan dekat penonton yang duduk di belakang saya ni. Asyik memekak je,


Alhamdulillah. Mock Trial kali ini berjalan dengan lancar. Katanya Mock Trial kali ni merupakan edisi yang terbaik pernah dianjurkan oleh Law Soc. Aku dan kru spotlight juga turut gembira kerana dapat menjalankan tugas dengan lancar. Sekurang-kurangnya takdelah kami pergi suluh kearah dean masa scene menyanyi. Mau terkejut dia dibuatnya.




3- Law Soc

Bertitik tolak daripada Mock Trial, saya mengambil keputusan untuk menyertai sekurang-kurangnya satu kelab dalam fakulti memandangkan saya memang tidak aktif langsung. Kononnya hanya fokus terhadap belajar sahaja. Cewah! Menyertai Law Society pada mulanya adalah seperti membuat perjanjian dengan British, ditelan mati emak diluah mati bapak. Kalau tak join saya akan terus mereput tanpa bergiat aktif dalam aktiviti fakulti. Kalau sertai pula saya akan berhadapan dengan tekanan-tekanan yang bakal merengkan otak (seperti apa yang diberitahu sendiri oleh presiden law soc). Penyudahnya, saya join juga.

4- 'Pertahankan Sekularisme Fakulti'

ujar salah seorang pensyarah kami dengan nada seloroh. Hahahaha.



Well said...