Thursday 30 June 2016

Kenapa Saya Buat Blog 2

Saya tahu blog ini takkan ada sesiapa yang baca. Dan takkan ada sesiapa yang jumpa. Ah giampush lah!

Saya rasa tujuan utama saya menulis di sini adalah untuk mengasah skil penulisan saya. Ya, saya tahu tulisan-tulisan dan cerita saya selepas ini mungkin tak sedap dan macam gampang. Tapi tak mengapalah. Sekurang-kurangnya saya mencuba, ye dak?

Lagi satu, saya ni sangat suka bernostalgia orangnya. Jadi saya akan cuba untuk mengingati semula peristiwa-peristiwa signifikan dan kenangan lalu yang pernah berlaku dalam hidup saya untuk dinukilkan di sini. Kalau tak ingat juga? Pandai-pandailah saya reka. Huhu.

Akhir sekali, saya menulis untuk saya bermonolog dengan diri sendiri. Kalau cakap sorang-sorang karang nampak benar gilanya. Biarlah saya meroyan sahaja disini.

Okaylah. Cukuplah untuk hari ini. Saya nak layan Portugal lwn Poland sebentar lagi walaupun saya bukanlah peminat bola jitu. Offside pun saya tak tahu natang apa tu.
                                                   

2:30 AM 1/7/2016 waktu malam ditemani lagu disko zaman retro

Cuti Yang Panjang

Saya baru habis asasi, bermakna saya ada cuti yang sangat panjang untuk dinikmati. Tapi malangnya, cuti saya tak berapa nak produktif. Damn.

Buktinya, baru kejap tadi saya sidai kain pukul 2:30 petang. Kalau saya seorang yang produktif, saya akan sidai kain lebih awal dari itu. Mungkin jam 10 pagi.

Kalau saya Phineas atau Ferb, mungkin saya sudah cipta sesuatu yang berguna. Malangnya tidak. Saya tak pandai bab-bab mekanikal. Dan saya takde seekor platipus sebagai haiwan peliharaan. Saya cuma bela kucing. Dia comel tapi suka mendesak meminta makan.

Dan blog ini juga adalah bukti betapa tak produktifnya saya.

Kisah Mi Goreng

Apabila tamat sahaja prep malam maka berbondong-bondonglah pelajar ke Dewan Selera untuk menjamah supper. Menu pada malam tu ialah mi goreng. Lebih tepat lagi mi goreng kapur.

Saya duduk bersama-sama dengan beberapa orang manusia yang nampaknya sudah tidak sabar untuk menjamu selera. Mula-mula ok sahaja semuanya normal. Tiba-tiba seorang manusia dihadapan saya ni terus menuangkan airnya pada mi goreng yang ingin dijamah. Saya terkejut sebab ini adalah perkara baru dalam hidup saya ketika menyaksikan kejadian sedemikian.

Saya pun bertanya kepada manusia tersebut. 'Apa kejadahnya kau campurkan air tu kat mi kau?'

Manusia itu memandang saya dengan tenang. Dia menyatakan bahawa perbuatannya itu adalah untuk menghilangkan rasa kapur pada mi dan menjadikannya lebih basah. Alaa, macam kau orang makan mi goreng basah tu..

Masalahnya ialah, air yang dicampurnya itu adalah milo panas! Jadah apa mi goreng basah berkuah milo tuan-tuan?

Begitulah kisahnya.

Kenapa Saya Buat Blog

Sebab saya bosan. Tu je.