Thursday 30 June 2016

Kisah Mi Goreng

Apabila tamat sahaja prep malam maka berbondong-bondonglah pelajar ke Dewan Selera untuk menjamah supper. Menu pada malam tu ialah mi goreng. Lebih tepat lagi mi goreng kapur.

Saya duduk bersama-sama dengan beberapa orang manusia yang nampaknya sudah tidak sabar untuk menjamu selera. Mula-mula ok sahaja semuanya normal. Tiba-tiba seorang manusia dihadapan saya ni terus menuangkan airnya pada mi goreng yang ingin dijamah. Saya terkejut sebab ini adalah perkara baru dalam hidup saya ketika menyaksikan kejadian sedemikian.

Saya pun bertanya kepada manusia tersebut. 'Apa kejadahnya kau campurkan air tu kat mi kau?'

Manusia itu memandang saya dengan tenang. Dia menyatakan bahawa perbuatannya itu adalah untuk menghilangkan rasa kapur pada mi dan menjadikannya lebih basah. Alaa, macam kau orang makan mi goreng basah tu..

Masalahnya ialah, air yang dicampurnya itu adalah milo panas! Jadah apa mi goreng basah berkuah milo tuan-tuan?

Begitulah kisahnya.

1 comment:

  1. Betway Casino - Mapyro
    Download the Betway Casino App for 제주도 출장샵 Android and iOS Phones. Download 고양 출장샵 the Betway Casino and enjoy it on 창원 출장샵 your iPhone, 천안 출장안마 iPad, and iPod 사천 출장마사지 touch.

    ReplyDelete