Aku berkenalan dengan
Syamsul FND ketika sedang berlari daripada masalah di Tasik Seksyen 7. Ketika
dada ini tercungap-cungap meminta nyawa dan rintik-rintik peluh membasahi baju
dan melecakkan ketiak, tiba-tiba seorang lelaki yang aku kira sebaya denganku
datang menyapa dari belakang.
'Salah teknik larian kau ni..'
'Salah teknik larian kau ni..'
'Err...kau siapa ek?'
'Nama aku Luqman bin
Ahmad. Nama samaran Megad. Tapi kau boleh panggil aku Syamsul FND'
'Ok'
Aku mengajaknya untuk duduk di satu kerusi batu. Entah kenapa tiba-tiba aku boleh jadi peramah pula dengan stranger. Syamsul FND hanya mengangguk sebelum mempelawaku meminum sebotol coke sejuk yang dipegangnya sejak tadi.
'Nah. Mesti dahaga
bukan'
'No thank you. Coke
banyak gula. Tak sihat'
Aku menolak secara
baik, sebelum tanganku mencapai sebungkus coklat Cadbury yang aku simpan dalam
tote bag. Sudah cair. Syamsul FND hanya menggelengkan kepala.
Kami mengambil tempat
di satu kerusi batu yang menghadap tasik. Kerusi tersebut agak tersorok dari
pandangan orang. Memang sesuai dibuat port bersenggama. Aku pun tak perasan
sejak bila kerusi tersebut ada disitu. Mungkin baru diletakkan.
Sumbangan ikhlas Datuk
Amir Ul Hakim
'Sumbangan ikhlas tapi
letak nama sendiri. Mendalah!'
Ujar Syamsul FND yang
penuh emosi secara tiba-tiba sebelum kami duduk. Aku mengiakan saja. Sesak di
dada masih belum hilang. Ketat rasanya.
'So, apasal kau berlari
macam orang tak pedoman ni. Runner sejati tak berlari macam tu'
Amboi.
'Entahlah bro. Aku
seboleh-bolehnya mahu berlari sampai aku tak sedar yang kakiku sudah tidak
menjejak tanah. Aku berlari ke udara. Sampailah ke angkasa sebelum aku sesak
nafas sebab takde oksigen, dan jatuh semula ke bumi sebagai komet. Terbakar...'
'Amboi kau ni. Barang
apa kau pakai?'
Ketawa kami memecahkan
suasana. Syamsul FND mula mencapai sekotak rokok seludup dari poket seluarnya
sebelum menyalakan sebatang. Dia terbatuk-batuk laksana perokok sejati yang
mahu memendekkan jangka hayat sebelum menghembuskan asap berkepul-kepul ke
udara.
'Aku nak tanya kau
something lah. Sebab kau ni nampak berilmu dan berpedoman'
'Haa..tanyalah. Ramai juga yng cakap aku macam tu.' Syamsul FND tersengih bangga.
'Kenapa manusia sering
menuntut orang lain untuk menghargai pengorbanan yang dilakukannya, namun
selalu lupa akan pengorbanan orang lain untuk dirinya?'
Asap rokok masih
berkepul-kepul di udara.
'Lain macam persoalan kau
ni', ujar Syamsul FND tenang. 'Inikah sebabnya kau berlari tanpa pedoman'
No comments:
Post a Comment